Selasa, 27 November 2012

AJK Promosi Boikot



Walimatul Urus Di Kandang Harimau


Sekarang musim cuti sekolah dah pon bermula dengan tenang, biasa masa cuti sekolah macam ni ramai yang mengadakan kenduri sini sana. Kalau bertemu jodoh dengan satu negeri, tak berjalan jauh sangat la. Kalau tuan punya badan ni duduk kat bahagian utara, berkenan pulak kat orang selatan, memang jauh kena travel nampak gayanya.

Sebut pasal kenduri dan musim cuti, semalam aku baru saksikan satu kenduri. Ramai jugak yang datang kenduri tu, dekat-dekat 50 ribu orang jugak. Tapi boleh dikatakan majoriti yang hadir pulang dengan rasa tak puas hati, kecewa, mungkin tertipu dan ada jugak yang melaung-laung perkataan anjing. Walau dapat kad jemputan, tapi aku buat keputusan untuk tengok kenduri ni secara langsung kat tv je sambil makan kat kedai sebab kenduri tu jauh, kat Bukit Jalil.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut makan kenduri.

Kenduri yang aku tengok tu sebenar kenduri Singapura belasah Malaysia tiga gol tanpa balas. Memang kenyang la singa menang kat tempat orang ni. Kira kenduri la mudah sebab bagi aku lah, bila jaring tiga gol keatas tanpa balas tu dah aku panggil kenduri, kalau orang lain aku tak tau la sebab tiga gol tu dah cukup mengenyangkan. Sama macam makan nasi, kalau dua pinggan tu biasa je, kalau tiga pinggan memang terbaringlah dia punya kenyang. Dahla kenyang, sah-sah la sedap kalau makan sampai tiga pinggan.

Dahagakan jaringan? Tukang buat air masalah, macam mana nak minum?

Tentang corak permainan aku rasa tak perlu nak ulas dah kot sebab ramai dah yang ulas, lagipun aku bukan tengok sangat. Siap membelakangkan tv menikmati nasi goreng sambil dengar member semeja dan orang sekeliling mengeluh tak sudah tengok kenduri sang singa. Tapi sememangnya realiti itu kejam dan yang indah-indah itu hanya fantasi atau bahasa kebanyakannya "nak sedapkan hati".

Kita kena belajar tentang kezaliman realiti


P/S: Tarak apa mau risau la sebab ini game dia kira mata satu kali semua, bukan asing-asing. Ada lagi anam mata mau cari la dey.

Foto kredit kepada abang kacak Fadzlie Ahmad 'Deto' dari Dunia Sukan.  www.duniasukan.com

Sabtu, 12 Mei 2012

Aku Designer Kampung (1)

Designer dalam bahasa melayu membawa maksud seorang pereka. Pereka ni sangat luas dan umum skopnya, daripada pereka pelan rumah, pereka produk, pereka fesyen, pereka lagu, pereka grafik sampailah kepada pereka cerita seperti makcik-makcik yang berada di kejiranan sekeliling kita, dan ianya sangat banyak sehingga kalau nak tulis pasal pereka ni sahaja boleh membawa kepada seminggu masa nak menghabiskannnya.

Designer (inggeris) - Pereka (melayu)

Aku pula lebih cenderung tergolong dalam golongan pereka grafik, kalau pereka cerita pon boleh sebab selalu mereka-reka cerita dan menipu kawan rapat. Tujuh tahun lampau, bidang grafik ni aku pun tak tahu apa dia. Sebab masa kat sekolah takde pulak cikgu-cikgu yang bagitau ada pekerjaan seumpama pereka grafik, mereka lebih ghairah menanam di otak pelajar tentang akauntan, doktor, arkitek, jurutera, pensyarah, polis, dan askar hutan. Takde seorang pon cikgu yang tersembul dari mulut mereka mengenai pereka grafik atau orang putih panggil "graphic designer".

 (Gambar cikgu sekadar hiasan)

Selesai menerima keputusan SPM yang tak berapa nak memberi rangsangan kepada keluarga serta saudara mara, aku mula la bingung nak apply borang masuk universiti atau kolej. Rakan-rakan yang mendapat keputusan yang memuaskan mak bapak dan pujian dari mak saudara serta bakal mertua dengan mudahnya mengisi untuk kursus kedoktoran la, perguruan la, kejuruteraan la. Tu bagi kawan yang mempunyai akal seperti sang kancil, rakan-rakan yang mendapat keputusan biasa-biasa tapi mempunyai susuk tubuh yang sasa, pantas berlari, selalu mewakili sekolah dalam acara sukan pula mula mengorak langkah memohon untuk menjadi polis, tentera, ahli sukan dan bomba. Aku lain pula ceritanya, dapat keputusan biasa-biasa, badan pun kecik, apebenda yang boleh di pohon.

Kalau dah semua orang  SPM power, sape nak jadi tukang kebun?

Mula-mula terasa nak mohon kursus kulinari sebab aku gemar la masak kat rumah, tapi sebab kena pilih 5 pilihan aku pon pakai tick je mana-mana yang setimpal dengan SPM. Selang beberapa bulan aku mendapat tawaran dari UiTM, satu-satunya Universiti yang memperjuangkan "racism" dalam Malaysia ni. Mereka menawarkan kursus Seni Lukis dan Seni Reka kepada aku, mungkin itu lah yang mereka rasa aku ni layak, syukur la dapat jugak merasa masuk U. Bila dah masuk kursus ini dibahagikan pulak kepada beberapa aliran berdasarkan kemahiran setiap individu. Berdebor jugak kot-kot di masukkan dalam aliran fesyen, ape la aku nak jahit nanti, setakat nak jahit butang boleh la lagi, nanti kena jahit baju kurung kedah tak ke mati nak membuat. Akhirnya aku di masukkan dalam aliran grafik, jurusan yang lebih banyak menggunakan komputer dan duit poket.

 
 UiTM & Fakulti Art and Design mengisi slot lima tahun dalam hidup aku.

Setelah lima tahun menuntut ilmu (tiga tahun di UiTM Seri Iskandar, Perak dan dua tahun di UiTM Shah Alam), daripada menghabiskan masa pada duduk kampung tak tentu hala, tamatlah pengajian aku dan aku bebas menggunakan ilmu yang diperturunkan oleh tok guru-tok guru kat UiTM. Boleh dikatakan belajar grafik ni taklah susah sangat dan taklah senang (bergantung pada individu), tapi boleh tahan kalau nak dibandingkan dengan belajar nak jadi orang minyak, dosa pon berlori-lori kalau belajar ilmu hitam ni...........

  Gambar rajah 1.8: Apa yang orang fikir pasal pereka grafik ni.

(akan bersambung kalau rajin tulis)

Jumaat, 20 April 2012

Fair Play. Kecederaan atau Pentas Lakonan?

"Fair Play" ataupun dalam bahasa Malaysia "Permainan Adil" telah di perkenalkan dalam dunia bola sepak. Fair Play adalah nama program FIFA yang bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukanan serta mencegah diskriminasi dalam permainan bola sepak. Ini juga melibatkan program-program untuk mengurangkan perkauman dalam permainan. Program ini merangkumi luar bola sepak, dalam usaha untuk menyokong badan amal dan pertubuhan-pertubuhan lain yang memperbaiki keadaan di seluruh dunia.


Logo Fair Play

Prinsip-prinsip kempen Fair Play boleh diringkaskan seperti berikut:
1)   Bermain secara jujur 

2)   Bermain untuk menang tetapi menerima kekalahan dengan maruah 
3)   Mematuhi undang-undang permainan
4)   Berkenaan lawan, rakan sepasukan, pengadil, pegawai dan penonton
5)   Menggalakkan kepentingan bola sepak
6)   Kehormat orang-orang yang mempertahankan reputasi yang baik bola sepak
7)   Menolak rasuah, dadah, perkauman, keganasan, perjudian dan bahaya lain untuk bola sepak

8)   Membantu orang lain untuk menentang tekanan yang merosakkan
9)   Mengutuk orang-orang yang cuba untuk menjatuhkan sukan 

10) Menggunakan bola sepak untuk membuat dunia yang lebih baik

 Fair play secara tidak langsung melahirkan ramai pelakon berbakat

Namun dengan kewujudan fair play di zaman ini telah membuatkan kita menyaksikan stadium bola sepak menjadi pentas lakonan pemain sesetengah pasukan bagi mengekang kemaraan pihak lawan. Masih ingatkah anda pada perlawanan Malaysia menentang Singapura pada 28 Julai 2011 dalam kelayakan Piala Dunia? Jika anda menyaksikan perlawanan ini, anda sudah tentunya ingat dengan lakonan pemain Singapura yang seringkali terbaring di merata tempat bagi melambatkan perlawanan dan salah satu perang psikologi  ke atas pasukan Malaysia yang sedang memburu gol bagi mencapai kemenangan. Di dalam kes ini media dan seluruh rakyat mengecam corak lakonan Singapura yang memualkan dan tidak pula mengatakan pemain Malaysia yang mengabaikan pemain Singapura yang terbaring dan meneruskan permainan malahan keputusan untuk meneruskan permainan di galakkan lagi oleh para penyokong.

 Qu Li yang gemar berbaring walau tanpa di sentuh

Berbeza dalam kes Kelantan bertemu T-Team tempoh hari, Shakir Shaari yang di katakan tidak mahu mengeluarkan bola apabila pemain lawan tiba-tiba duduk atau terbaring tanpa di sentuh atau terkena sedikit jentikan di lihat dalam beberapa perlawanan sebelum ini di lihat adalah tindakan yang biasa di buat dalam mana-mana perlawanan bola sepak selagi wisel tidak di tiup oleh pengadil. Kejadian ini kebiasaannya berlaku apabila pasukan lawan sedang mendahului ataupun sudah cukup sekadar keputusan seri dengan pasukan pilihan. Kita semua boleh lihat pentas lakonan ini sering terjadi ketika Kelantan dalam posisi menyerang dan pasti ada pemain yang tiba-tiba duduk dan seluruh pasukan mereka menunggu pengadil untuk meniupkan wisel bagi mengganggu serangan yang di atur. Tapi apabila mereka ketinggalan jaringan, aksi lakonan ini tidak langsung kelihatan. Pelik tapi benar. Inilah salah satu akibat buruk yang di jelmakan oleh fair play itu sendiri. Jika mereka mengatakan bahawa Kelantan bermain secara kotor dan tidak mengamalkan fair play, rujuk semula prinsip kempen fair play yang pertama iaitu "bermain secara jujur".  


 Aksi Ghaddar ketika berkunjung menentang T-Team

P/s: Adakah berpura-pura cedera sedangkan anda boleh bangun dengan senang tanpa terhencut-hencut di katakan jujur? Dan adakah pemain pertahanan yang menepis bola secara terang-terangan dengan tangan bagi menyelamatkan keadaan bermain bersih?

Hanya lakonan, teruskan permainan!

Rabu, 11 April 2012

Real Madrid & Barcelona di Islamkan

Islam merupakan agama yang paling ramai di anuti oleh penduduk di muka bumi ini tak kira warna kulit, kadar lurus rambut, warna mata tanpa kanta lekap mahupun parti politik. Menurut sejarah, agama Islam telah tersebar ke sekitar Eropah sejak abad ke-12 lagi sejurus selepas "Laluan Sutera" ke asia di buka. Masjid kayu yang telah lama terbina di sekitar negara Poland & Lithuania merupakan kunci peradaban Islam di Eropah.

Gamba rajah penakhlukan Islam ke Eropah

Pada 711 Masihi, Jeneral Islam Tariq Ibnu Ziad memimpin tentera gabungan orang-orang Berber dan Arab keluar dari negara  Morocco untuk menguasai Sepanyol dan dengan penjajahan itu lahirlah Kota Andalusia yang sehingga kini dipanggil Andalucia (ejaan Latin) dan ibu kotanya Sevilla. 

Bendera Andalusia dan Kota Andalusia kurun ke-16

 Kini Sepanyol sekali lagi "di Islamkan" melalui penjenamaan semula (rebranding) setelah kelab bolasepak gergasi dunia Real Madrid telah memutuskan untuk membuang lambang salib pada logo kelab mereka. Menurut akhbar Sepanyol, ini adalah untuk meluaskan lagi pasaran mereka untuk orang muslim, di mana mereka baru sedar agaknya orang Islam tak boleh pakai apa-apa yang berlambang salib, mungkin video youtube ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai haram memakai jersi pasukan bola berlambang salib sudah sampai ke Kota Madrid dan di dengar penuh minat oleh Jose Mourinho.

Dopleh paka jersi hok ade lambang salib...

Selain Real Madrid, Barcelona pun membuat sesuatu yang lebih kurang sama dengan musuh seteru mereka dengan membuang juga lambang salib di dalam logo mereka. Keputusan ini di buat Barcelona untuk menjaga hubungan baik dengan penaja mereka yang jauh berpusat di negara Qatar.



p/s: Manchester United bila pulak nak buang lambang setan?