Jumaat, 20 April 2012

Fair Play. Kecederaan atau Pentas Lakonan?

"Fair Play" ataupun dalam bahasa Malaysia "Permainan Adil" telah di perkenalkan dalam dunia bola sepak. Fair Play adalah nama program FIFA yang bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukanan serta mencegah diskriminasi dalam permainan bola sepak. Ini juga melibatkan program-program untuk mengurangkan perkauman dalam permainan. Program ini merangkumi luar bola sepak, dalam usaha untuk menyokong badan amal dan pertubuhan-pertubuhan lain yang memperbaiki keadaan di seluruh dunia.


Logo Fair Play

Prinsip-prinsip kempen Fair Play boleh diringkaskan seperti berikut:
1)   Bermain secara jujur 

2)   Bermain untuk menang tetapi menerima kekalahan dengan maruah 
3)   Mematuhi undang-undang permainan
4)   Berkenaan lawan, rakan sepasukan, pengadil, pegawai dan penonton
5)   Menggalakkan kepentingan bola sepak
6)   Kehormat orang-orang yang mempertahankan reputasi yang baik bola sepak
7)   Menolak rasuah, dadah, perkauman, keganasan, perjudian dan bahaya lain untuk bola sepak

8)   Membantu orang lain untuk menentang tekanan yang merosakkan
9)   Mengutuk orang-orang yang cuba untuk menjatuhkan sukan 

10) Menggunakan bola sepak untuk membuat dunia yang lebih baik

 Fair play secara tidak langsung melahirkan ramai pelakon berbakat

Namun dengan kewujudan fair play di zaman ini telah membuatkan kita menyaksikan stadium bola sepak menjadi pentas lakonan pemain sesetengah pasukan bagi mengekang kemaraan pihak lawan. Masih ingatkah anda pada perlawanan Malaysia menentang Singapura pada 28 Julai 2011 dalam kelayakan Piala Dunia? Jika anda menyaksikan perlawanan ini, anda sudah tentunya ingat dengan lakonan pemain Singapura yang seringkali terbaring di merata tempat bagi melambatkan perlawanan dan salah satu perang psikologi  ke atas pasukan Malaysia yang sedang memburu gol bagi mencapai kemenangan. Di dalam kes ini media dan seluruh rakyat mengecam corak lakonan Singapura yang memualkan dan tidak pula mengatakan pemain Malaysia yang mengabaikan pemain Singapura yang terbaring dan meneruskan permainan malahan keputusan untuk meneruskan permainan di galakkan lagi oleh para penyokong.

 Qu Li yang gemar berbaring walau tanpa di sentuh

Berbeza dalam kes Kelantan bertemu T-Team tempoh hari, Shakir Shaari yang di katakan tidak mahu mengeluarkan bola apabila pemain lawan tiba-tiba duduk atau terbaring tanpa di sentuh atau terkena sedikit jentikan di lihat dalam beberapa perlawanan sebelum ini di lihat adalah tindakan yang biasa di buat dalam mana-mana perlawanan bola sepak selagi wisel tidak di tiup oleh pengadil. Kejadian ini kebiasaannya berlaku apabila pasukan lawan sedang mendahului ataupun sudah cukup sekadar keputusan seri dengan pasukan pilihan. Kita semua boleh lihat pentas lakonan ini sering terjadi ketika Kelantan dalam posisi menyerang dan pasti ada pemain yang tiba-tiba duduk dan seluruh pasukan mereka menunggu pengadil untuk meniupkan wisel bagi mengganggu serangan yang di atur. Tapi apabila mereka ketinggalan jaringan, aksi lakonan ini tidak langsung kelihatan. Pelik tapi benar. Inilah salah satu akibat buruk yang di jelmakan oleh fair play itu sendiri. Jika mereka mengatakan bahawa Kelantan bermain secara kotor dan tidak mengamalkan fair play, rujuk semula prinsip kempen fair play yang pertama iaitu "bermain secara jujur".  


 Aksi Ghaddar ketika berkunjung menentang T-Team

P/s: Adakah berpura-pura cedera sedangkan anda boleh bangun dengan senang tanpa terhencut-hencut di katakan jujur? Dan adakah pemain pertahanan yang menepis bola secara terang-terangan dengan tangan bagi menyelamatkan keadaan bermain bersih?

Hanya lakonan, teruskan permainan!

2 ulasan:

  1. bila dah kalah mcm2 la isu nk ditumbulkan... bkn nk tunding jari kat sape2, sbb klau kne kat kite sndiri pn. mngkn kita on akn buat bnda yg sama jgk kan... tp tu la, yg plg pnting dlm setiap permainan ialah kemenangan.. agk biasa bila pasukan yang sedang mendahului jumlah jaringan menggunakan taktik kecederaan untuk melambatkan masa dan membantutkan serangan lawan.... bg sy, nk 'fair play' pn kne la tgk keadaan masa tu. klau tgh meyerang x kn la nk mengeluarkan bola semata-mata ingin bermain dengan penuh adil.. masa nie la fungsinya ada pengadil. klau pengadil dah tentukan supaya permainan diteruskan, pemain perlulah pndai mengambil peluang.. kecuali ketika keadaan bkn situasi sedang menyerang..

    sekadar pendapat.. :)

    BalasPadam
  2. kita semua hidup di dunia ni memang terikat dgn undang2..kekadang undang2 itu sdiri mengundang masalah kepada kita semua..memang adil ke....

    BalasPadam