Sabtu, 12 Mei 2012

Aku Designer Kampung (1)

Designer dalam bahasa melayu membawa maksud seorang pereka. Pereka ni sangat luas dan umum skopnya, daripada pereka pelan rumah, pereka produk, pereka fesyen, pereka lagu, pereka grafik sampailah kepada pereka cerita seperti makcik-makcik yang berada di kejiranan sekeliling kita, dan ianya sangat banyak sehingga kalau nak tulis pasal pereka ni sahaja boleh membawa kepada seminggu masa nak menghabiskannnya.

Designer (inggeris) - Pereka (melayu)

Aku pula lebih cenderung tergolong dalam golongan pereka grafik, kalau pereka cerita pon boleh sebab selalu mereka-reka cerita dan menipu kawan rapat. Tujuh tahun lampau, bidang grafik ni aku pun tak tahu apa dia. Sebab masa kat sekolah takde pulak cikgu-cikgu yang bagitau ada pekerjaan seumpama pereka grafik, mereka lebih ghairah menanam di otak pelajar tentang akauntan, doktor, arkitek, jurutera, pensyarah, polis, dan askar hutan. Takde seorang pon cikgu yang tersembul dari mulut mereka mengenai pereka grafik atau orang putih panggil "graphic designer".

 (Gambar cikgu sekadar hiasan)

Selesai menerima keputusan SPM yang tak berapa nak memberi rangsangan kepada keluarga serta saudara mara, aku mula la bingung nak apply borang masuk universiti atau kolej. Rakan-rakan yang mendapat keputusan yang memuaskan mak bapak dan pujian dari mak saudara serta bakal mertua dengan mudahnya mengisi untuk kursus kedoktoran la, perguruan la, kejuruteraan la. Tu bagi kawan yang mempunyai akal seperti sang kancil, rakan-rakan yang mendapat keputusan biasa-biasa tapi mempunyai susuk tubuh yang sasa, pantas berlari, selalu mewakili sekolah dalam acara sukan pula mula mengorak langkah memohon untuk menjadi polis, tentera, ahli sukan dan bomba. Aku lain pula ceritanya, dapat keputusan biasa-biasa, badan pun kecik, apebenda yang boleh di pohon.

Kalau dah semua orang  SPM power, sape nak jadi tukang kebun?

Mula-mula terasa nak mohon kursus kulinari sebab aku gemar la masak kat rumah, tapi sebab kena pilih 5 pilihan aku pon pakai tick je mana-mana yang setimpal dengan SPM. Selang beberapa bulan aku mendapat tawaran dari UiTM, satu-satunya Universiti yang memperjuangkan "racism" dalam Malaysia ni. Mereka menawarkan kursus Seni Lukis dan Seni Reka kepada aku, mungkin itu lah yang mereka rasa aku ni layak, syukur la dapat jugak merasa masuk U. Bila dah masuk kursus ini dibahagikan pulak kepada beberapa aliran berdasarkan kemahiran setiap individu. Berdebor jugak kot-kot di masukkan dalam aliran fesyen, ape la aku nak jahit nanti, setakat nak jahit butang boleh la lagi, nanti kena jahit baju kurung kedah tak ke mati nak membuat. Akhirnya aku di masukkan dalam aliran grafik, jurusan yang lebih banyak menggunakan komputer dan duit poket.

 
 UiTM & Fakulti Art and Design mengisi slot lima tahun dalam hidup aku.

Setelah lima tahun menuntut ilmu (tiga tahun di UiTM Seri Iskandar, Perak dan dua tahun di UiTM Shah Alam), daripada menghabiskan masa pada duduk kampung tak tentu hala, tamatlah pengajian aku dan aku bebas menggunakan ilmu yang diperturunkan oleh tok guru-tok guru kat UiTM. Boleh dikatakan belajar grafik ni taklah susah sangat dan taklah senang (bergantung pada individu), tapi boleh tahan kalau nak dibandingkan dengan belajar nak jadi orang minyak, dosa pon berlori-lori kalau belajar ilmu hitam ni...........

  Gambar rajah 1.8: Apa yang orang fikir pasal pereka grafik ni.

(akan bersambung kalau rajin tulis)