Sabtu, 17 Disember 2011

Pagi Yang Mustahil

Setiap hari akan di mulai dengan waktu yang di namakan pagi. Pada waktu begini kebanyakan majoriti masyarakat seluruh dunia akan bangun pagi bersiap-siap. Si kecil mengambil kasut yang telah berkapur terletak di belakang peti ais untuk ke sekolah, yang remaja bangun menggaru-garu dengan mata terkebil sambil memiki untuk melepak dengan siapa, yang sedikit dewasa mula mendengar radio setelah terperangkap dalam kesesakan lalulintas, yang tua mungkin ada yang duduk di masjid menambah bekalan amalan untuk ke alam lain. Untuk aku, waktu pagi.............................................................




 ....... Agak mustahil untuk bangun...Ah~ Pagi yang mustahil!



Isnin, 12 Disember 2011

Operasi Trace Wawan Faiz

Perisian: Adobe Illustrator CS3
Tempoh "Trace": 15 minit
Talent: Wawan Faiz


Dengan menggunakan perisian Adobe Illustrator (AI), kita sebenarnya dapat membuat pelbagai benda. Daripada penciptaan logo, membuat poster, mahupun meniru semula bentuk muka kita dalam bentuk "digital illustration".  Di sini aku upload sikit kerja "tracing" muka menggunakan Illustrator menggunakan 7 langkah ringkas. Mudah. Mula-mula bukak AI. Loading.....





Langkah 1: Trace shape penting dengan menggunakan Pen Tool seperti bentuk mata, kening, mulut, hidung, rambut, telinga dan shape bayang pada muka.




Langkah 2: Masukkan warna hitam pada bahagian seperti rambut, kening, mata, idung, dan lain-lain yang di rasakan hitam. 




Langkah 3: Masukkan skin tone untuk warna kulit.




Langkah 4: Apply  warna shadow pada bahagian yang perlu.




Langkah 5: Proses "mendetailkan" bahagian2 seperti mata, mulut dan adjust jenis stroke untuk outline bahagian muka bagi tujuan kekemasan.




Langkah 6: Applykan wajah Wawan pada jersi yang telah lama di buat. Dan masukkan simple shape untuk background.




Langkah 7: Terakhir sekali, masukkan font untuk nama WawanFaiz. Siap!




P/s: Maaf kalau terlalu ringkas. Sebab benda ni memang pernah upload di facebook, jadi aku hanya upload balik di blog ni dan copy paste ayat. Nanti aku uat ajar dari basic (kalau rajin). Terima kasih.

Ahad, 11 Disember 2011

Terima Kasih Control Z

Dalam kehidupan yang mecabar pada masa kini kita memang tak boleh lari dari membuat kesilapan. Memang susah kalau dah buat silap ni, kalau silap saja takpe. Kalau terlanjur nak buat macam mana? Macam tu jugaklah hidup aku yang sering buat silap setiap hari. Purata aku buat silap sehari memang banyak, bukan buat salah mencuri, makan nasi tapi tak bayar atau makan harta anak yatim. Tapi buat silap masa guna photoshop atau illustrator.

Namun aku amat-amat berterima kasih kepada sesiapa yang telah mencipta kekunci ajaib untuk memberi aku peluang membetulkan kesilapan yang telah aku lakukan iaitu kekunci Ctrl + Z.
Fungsi Ctrl+Z amat popular di kalangan masyarakat yang kerjanya mengadap komputer sehari suntuk bagi menyudahkan sesuatu tugasan, tak kisah la guna aplikasi apa pon hatta photoshop, illustrator, microsoft word mahupun ms paint. Penggunaan Ctrl+Z boleh dikatakan digunakan secara meluas sejak kewujudannya pada 1976 yang telah ditemui oleh dua bangsa bukan melayu (dah tentu) yang bernama Lance A. Miller dan John C. Thomas.
Difahamkan mereka berdua bekerja di IBM (International Business Machines Corporation), sebuah syarikat gergasi pembuat komputer serta perkakasan eletronik di Amerika Syarikat. "Ianya memang bagus kalau kita dapat mengundurkan semula segala kesilapan yang telah dilakukan dengan hanya semudah menekan dua kombinasi butang yang rapat kedudukannya" kata salah seorang dari mereka secara ringkas. Mereka menamakan kombinasi butang ni sebagai "Undo",nak dekat sama dah dengan orang melayu cakap "Undur".

Benda yang aku taip ni tak dapat dipastikan samada sahih atau menipu. Ni atas inisiatif aku sendiri secara google untuk menemui siapa pereka Ctrl+Z yang sungguh mengharukan hidup aku setiap hari. Terima kasih banyak-banyak!

Bismillah

Aku tengok Ahmad Hafiz Zakaria ada blog, kecoh.. Bising di facebook suruh orang lawat blog dia. Ingat dia tu Ambiga ke nak suruh orang masuk blog ramai-ramai.

Jadi aku buat blog semata-mata untuk mengomen entry dia yang ntah apa-apa. Untuk Ahmad Hafiz, harap mu terharu bila baca posting aku ni. Lama tak lepak kedai Tiger ngan mu Pih.

 P/s: Dulu dah pernah buat blog tapi lupa password, cilakak. Apa-apa pon selamat berkenalan umat-umat bloger sekalian ;)