Ahad, 11 Disember 2011

Terima Kasih Control Z

Dalam kehidupan yang mecabar pada masa kini kita memang tak boleh lari dari membuat kesilapan. Memang susah kalau dah buat silap ni, kalau silap saja takpe. Kalau terlanjur nak buat macam mana? Macam tu jugaklah hidup aku yang sering buat silap setiap hari. Purata aku buat silap sehari memang banyak, bukan buat salah mencuri, makan nasi tapi tak bayar atau makan harta anak yatim. Tapi buat silap masa guna photoshop atau illustrator.

Namun aku amat-amat berterima kasih kepada sesiapa yang telah mencipta kekunci ajaib untuk memberi aku peluang membetulkan kesilapan yang telah aku lakukan iaitu kekunci Ctrl + Z.
Fungsi Ctrl+Z amat popular di kalangan masyarakat yang kerjanya mengadap komputer sehari suntuk bagi menyudahkan sesuatu tugasan, tak kisah la guna aplikasi apa pon hatta photoshop, illustrator, microsoft word mahupun ms paint. Penggunaan Ctrl+Z boleh dikatakan digunakan secara meluas sejak kewujudannya pada 1976 yang telah ditemui oleh dua bangsa bukan melayu (dah tentu) yang bernama Lance A. Miller dan John C. Thomas.
Difahamkan mereka berdua bekerja di IBM (International Business Machines Corporation), sebuah syarikat gergasi pembuat komputer serta perkakasan eletronik di Amerika Syarikat. "Ianya memang bagus kalau kita dapat mengundurkan semula segala kesilapan yang telah dilakukan dengan hanya semudah menekan dua kombinasi butang yang rapat kedudukannya" kata salah seorang dari mereka secara ringkas. Mereka menamakan kombinasi butang ni sebagai "Undo",nak dekat sama dah dengan orang melayu cakap "Undur".

Benda yang aku taip ni tak dapat dipastikan samada sahih atau menipu. Ni atas inisiatif aku sendiri secara google untuk menemui siapa pereka Ctrl+Z yang sungguh mengharukan hidup aku setiap hari. Terima kasih banyak-banyak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan